۞ MENAGGISI KEKUASAAN-NYA.. ۞



۩ sekali lagi kisah ini berlaku atas diriku.. amat susah untuk aku tafsirkan.. Cuma diriku sahaja dapat merasakan semuanya.. hari ini bersamaan dengan 22 feb 2011 ( selasa ), ketika hendak mengambil wuduk menunaikan solat maghrib, air mata ku mula mengalir.. hati ku mula sayu tanba sebab yang aku ketahui atau mungkin aku ketahui kerana terlampau banyak beban masalah yang aku hadapi.. ketika berwuduk air mata ku mengalir.. ku teruskan juga berwuduk.. setelah selesai berwuduk, air mata ku mulai mengalir deras.. Ya Allah sungguh besar kekuasaan mu sehinggakan aku tidak sanggup menahan rasa kesyukuranku keatasMu.. sambil memakai telekung dan berniat solat maghrib aku mulai menagis teresak-esak.. aku mula berkata dalam hati.. ‘Ya Allah Ya Tuhan ku, batal kah solat ku sekiranya aku menagis sambil menunaikan solat keatasMu’?.. tanpa mengetahui apa hukumnya aku tunaikan juga solat tersebut.. ۩
۩ sepanjang solat aku menagis tanpa henti sehinggalah aku selesai menunaikan solat.. ketika aku berdoa suara ku mula putus-putus membaca ayat suci al-quran, betapa sedih dan pilunya rasa hati ketika melafazkannya.. walaupun ini bukan pertama kalinya aku membacanya tapi aku merasa heran kenapa hari ini aku merasa amat sedih dan sayu ketika membacanya.. kali ini juga lah aku berdoa dengan nafas yang putus-putus seperti tidak bernyawa.. SubhannaAllah.. sungguh besar kekuasaanMu yang telah engkau tunjukkan keatas diriku.. ketika itu juga aku merasa amat kerdil sekali malahan lebih kecil dari secebis debu.. ketika berdoa aku mula membayangi saat-saat aku lupa padanya.. Kalau la masa dapat diputarkan kembali’ ingin sekali ku mengubah segala-galanya.. ketika itu juga aku terfikir, ini kah yang akan berlaku pada umat islam ketika kiamat mula menunjukkan tanda-tanda besarnya.. ۩
۩ pada masa itu umat islam mula berebut-rebut untuk beriman kepadanya, memperbanyakkan amal ibadat kepadanya.. bukankah masa itu sudah terlambat.. kadangkala hatiku bertanya-tanya.. ‘ adakah dengan melakukan segala suruhannya tanpa melakukan solat taubat segalanya diterima Allah’ AstaghfirulAllah Al Azim.. silapkah fikiran ku ini.. batapa daifnya diri ku terhadap ilmu-ilmu islam.. sangat malu dan tidak tahu di mana untuk bertanya, segala persoalan dalam diri tiada jawapannya.. menginggat kembali pepatah ‘ malu bertanya sesat jalan’.. masyaAllah, akan sesat kah fikiran ku ini.. bila memikirkannya aku mula mencari sumber yang membolehkan aku mencari jawapan atas segala persoaalan tersebut.. dalam berdoa itu juga aku membayangkan saat aku meninggalkan segala suruhannya.. bukan niat ku untuk membuka aib diri ku Cuma aku ingin berkongsi saat aku belum terima hidayah dariNya. ۩
۩ dari zaman sekolah lagi aku mula menunaikan solat, malahan masa aku berumur 10 ke 12 tahun dahulu, ketika aku dimarah mama, aku mula merajuk dan menagis.. aku akan berkurung di bilik dan untuk menenanagkan hati aku akan membaca mukadam (masa itu aku belum boleh baca al-quran kerana belum khatam kitab mukadam).. dan ketika zaman sekolah menengah aku mula menunaikan solat dan makin lama aku makin melupainya (meninggalkannya).. sehinggala pada suatu masa aku berazam untuk meneruskannya kembali kerana PMR dan SPM bakal bermula.. setelah itu aku tinggalkanya kembali.. MasyaAllah, aku hanya menginggatinya pada masa genting dengan hal-hal kedunian sahaja.. akhirat ku lupakan.. betapa banyak masa telah aku bazirkan.. sungguh aku sedih bila memikirkannya.. mama ku mula marah dan menasihati ku kerana sembahyang ku buat ibarat mainan.. bila diperlukan baru mencari.. bila suda selesai digunakan, ditinggalkan pula.. ۩
۩ bila dikenanag kembali kata-kata itu memang benar kata mama ku.. dan aku bersyukur atas hidayah dan petunjuk yang aku terima.. aku mulai tidak meninggalkan solat ku malah ketika ku dalam keadaan selesai solat ingin sahaja aku terus duduk di atas sejadah dan terus beribadah.. tapi apakan daya ku, aku Cuma insan biasa kerana banyak perkara yang harus di selesaikan lagi.. kadang kala kita mendapat petunjuk dan hidayah ketika kita menghadapi masalah besar, pada saat itu kita mulai sedar hanya padanya tempat kita berdoa mohan perlindungan dan pentunjuk.. adakalanya kita mendapat hidayah ketika kita ternampak akan kebesaranNya dan hati mula berniat untuk mendekati dan memujanya.. aku bersyukur selama aku menunaikan solat aku jarang meninggalkanya, dan ketika tertinggal aku tidak lupa solat Qada’.. dengan solat ini juga aku harap aku terhindar dari sifat keji syaitan yang sentiasa merbisik ketelinga umat nabi muhammad s.a.w tentang sifat-sifat kejahatan.. sesungguhnya aku Cuma insan biasa yang kadang kala tidak dapat mengawalnya.. ۩
۩ sudah masuk waktu solat isyak.. walaupun masa isyak itu lama.. tapi lebih baik disegerakan.. kata-kata ini juga buat diriku yang kadangkala terlewat.. ^_^ Assalamualaikum.. ۩







1 comment:

Bardboo said...

sama2 la kita mencari ketenangan dgn solat n membaca quran..

p/s; thx follow blog sy ye..

Jom Lawat: Blog Bardboo
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang