Diet tak jadi

assalamualaikum..

wah kenyangnya perut makan juadah berbuka puasa.. tak larat nak bangun, maghrib tak lama lagi nak habis.. ya allah kenapalah aku bole terlebih makan.. disebabkan juadah berbuka ynag sangat menyelerakan, saya dah lupa yang saya tenggah berdiet.. adui.. tak dapat nak kawal nafsu makan.. muat kah nanti baju raya..

oke! saya rasa disebabkan saya terlampau kawal diet, tak nak makan nasi menyebabkan nafsu makan sya membuak2.. dah la seharian tak makan, bila buka puasa minum jer.. sangat-sangat lah tak pandai susun jadual diet..

disebabkan diet yang tidak teratur, akhir bulan ramadhan ne saya dah tak dapat kawal nafsu.. sya makan dalam bilangan yang sangat banyak.. tinggal beberapa hari lagi nak beraya.. konfem nampak gemuk.. tambah g juadah hari raya yang sangat banyak, sapa tak nak makan kan.. setahun sekali dapat merasai juadah tersebut.. tak makan konfem rugi.. kena tunggu tahun depan la jawapnya..

disebabkan itu.. saya telah bercadang untuk memulakan diet yang seimbang apabila berakhirnya bulan ramadhan.. yey!

menu berbuka terakhir

assalamualaikum..

hari ini bersamaan dengan 29 ogos 2011 berakhirlah ramadhan pada tahun ini.. sedih rasanya mengakhiri ramadhan yang penuh rahmat, rasanya amalan dan pahala yang dikejar pada bulan yang mulia ini belum cukup lagi..

sempena mengakhiri bulan ramadhan ini, family menyediakan menu special punya.. AMBUYAT..haha.. orang sabah punya menu utama.. sodap.. memandangkan semua ahli keluarga pulang kg.. so gembira rasanya dapat berkumpul menikmati juadah berbuka puasa yang terakhir pada tahun ini.. tolak tepi diet walaupun hati sedih coz perut da boroi sikit T_T ..

apa-apa pun besok dah raya.. horei..

Kemas Rumah

assalamualaikum..

tinggal tiga hari lagi nak beraya.. sekarang masa nak kemas rumah.. malasnya. hehe bukannya suka tapi malas.. nak tau knapa aku cakap malas? coz kita orang suma perempuan tak da lelaki.. so keja berat yang lelaki patut buat kami yang buat.. for ur information, kitaorang adik beradik semua perempuan.. memang penat sangat la.. kena angkat itu ini.. sakit pinggang..

malam tu kami pasang tikar baru.. dah lah rumah kecil, so ruang nak letak barang - barang tu susah sangat.. lap cermin.. tu tugas adik aku, lap kerusi.. banyak lah.. siap gaduk-gaduh lagi.. tak puas hati. haha.. lucu.. tapi memang best.

Baju Raya Tak Cantik

assalamualaikum..

sebelum ambk baju:

yey.. baju raya dah siap, tak sabar nak ambil ne nak tenggok cantik ka tak. kalau cantik kita nak pakai masa raya pertama, so kiranya tema tahun ne warna kelabu... sapa suka warna kelabu angkat kaki.. hehe..

lepas ambk baju:

feel takut nak tenggok baju yang dah siap tu.. jeng jeng jeng.. mak oi.. besar nya.. macam mana nak pakai raya ne.. tak cantik la.. argh marah ne.. ne la yang buat aku tak suka kat kaka tukang jahit ne.. jahit baju orang ikut suka dia ja.. kalau tak reti jahit jangan ambil tempahan orang.. tengok ne, nak pakai apa raya pertama.. ish.. kita dah set nak pakai baju tu raya pertama..

akhirnya minta tolong kat orang lain kecilkan baju.. TAPI!! tak dapat nak pakai tuk raya pertama.. argh..

p/s: jangan hantar baju yang kita rasa orang tu tak leh nak laksanakan tanggungjawab dengan bagus..

Geram tengok the vampire diaries



assalamualaikum..






mood geram sekarang ne.. argh.. sakit hati tengok the vampire diaries season 2 ne.. makin ganas.. catherin come back. fuh.. makin kuat pompuan tu..ok, malas nak tulis banyak.. nak p tgk vampire diaries dulu.. cow..







menu sahur aku yang buat.. sekali je

assalamualaikum..


hahaha.. nak gelak bangga dulu.. ops.. tak leh riak sangat.. ok hehe, gelak malu sikit..

hari ne saya di dera untuk menyediakan menu sahur..

mama: sahur nak makan pa?

me: apa ja ma..

mama: kamu lagi masak, ada isi ayam kat aisbox tu..

me: masak sweetsour ka?

mama: yela.. ko pndi masak tu kan..

me: alamak..




saya malas nak bangun subuh2 tuk masak sweetsour tu, so saya paksa ponteng terawih tuk masak, nak sediakan sweetsour ne bukan senang, nak kena goreng2 g.. nama pun tuk satu family.. kena masak banyak la..



nak resipi.. mudah je.. tuk orang bujang yang malas nak ke dapur tu bole la try.. macam saya.

ok..



penyediaan isi ayam:


ayam potong dadu, celup dengan telur, celup lg dengan tepung jagung and goreng..

haha.. simple kn.. tuk goreng ja..


sosnya:


saya tak pandi bg anggaran.. ne terpulang banyak mana isi ayam korang.

ok..

sediakan:


bawang mera n putih cincang

sos cili and tomato

sedikit air utk kuah

air rendaman tepung jagung (tuk pekatkan kuah)

garam

gula



korang campak je suma tu..

tuk tambahan:

bole masukkan nenas,tomato,lada benggala mera n hijau tuk hiasan n penambah rasa..


done!


sangat simple, rasanya pun sangat simple.. tak la dapat lawan yang kat restoren.. tuk sendiri di rumah ok ler..


p/s: sebarang kesilapan amat di kesali.. ne menu orang tak reti masak.. hee




6 hari dah berpuasa? bukan 12 ke?

assalamualaikum.. entri pendek je ari ne

masuk hari ni dah 12 hari umat islam berpuasa, tapi saya baru 6 hari.. selebihnya mn?.. awal puasa lagi saya dah ponteng.. faham je lah perempuan, cuti umum..

6hari perpuasa
1: haus
2:lapar
3:tak gi terawih. sobb
4:demam
5: pun demam
6:dah ok, baru nak terawih..

sodihnya..

p/s: jangan ikut macam saya.. da..